Wednesday, July 17, 2013

Ramadhan ;)

Assalamualaikum Salam Sejahtera , Kepada Anda Semua Moga Bahagia ^_^

jyeah , berapa bulan udah dehh tak jenguk blog ni :D 
lantak lahh , malas nak cerita pasal blog nih :D
sendiri tengok perubahan yang aku buat untuk blog aku ni , JENG JENG JENG :D


okay , Syukur Alhamdulilah kita berada dalam bulan Ramadhan . bulan di mana seluruh umat Islam diwajibkan berpuasa . Bulan di mana menahan diri dari lapar bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari . Bulan di mana pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya . Bulan di mana Allah akan memakbulkan doa hamba-hambaNya . Bulan di mana satu-satunya bulan yang ada Malam Istimewa yakni malam LAILATUL QADAR . :) . Alhamdulilah kita sudah berpuasa selama 1 Minggu 3 Hari bersamaan dengan 10 Ramadhan 1434 :) haaa , ada tinggal puasa tak tuu ? O.o *jenguk tingkap* kalau takdak bagus lah , kalau ada tu , bagi yang perempuan aku faham lah kenapa , bagi lelaki tu , ummmm , hampa pikiaq lah sendiri ! :D hahaha . 

Syukur Alhamdulilah puasa aku tak miss lagi even sehari :) bukan nak riak takbur , tapi ini betul-betul , bukan rekaan cerita semata-mata :D hahaha . agak penat puasa tahun ni sebab busy dengan urusan sekolah .tak busy seseorang pelajar itu kalau dia bukan dari TINGKATAN 5 ! ==' macam macam kerja khusus nak kena buat untuk SPM punya pasal . dah kata kalau SPM , mestilah penting kan , so mau takmau , kena hadap kena buat kena selesaikan . JYEAH ! kerja aku dah siap , baru jaa tengah hari tadi cikgu suruh touch up sikit projek aku tu and , YEAH , WE DID IT ! :) so lepas ni , dah takdak kerja khusus yang nak kena buat , Insyaallah , kena bagi fokus untuk SPM ;) bak kata pepatah , Hendak Seribu Daya , Tak Hendak Seribu Dalih ^_^

so , kesimpulannya , banyak-banyakkanlah beribadat di bulan Ramadhan ni . :)
puasa kasi penuh kalau boleh , jangan skip , jangan ponteng :) sama jaa kan :D ? kesah plak aku :)
SAYANGILAH GIRLFRIEND / BOYFRIEND ANDA SEIKHLAS HATI KORANG , Insyaallah Bahagia , 
kalau puasa dah habis , kita raya sama sama okay ;) 

 

hahaha . terima kasih Stalker , semoga berjumpa lagi ;) bye bye , Assalamualaikum ;)